I've moved

*****************************
I've moved to another hosting. Click here.
I will no longer post updates in this account.
Please update your bookmark.
Future version of MLRT will be published and released on that site.
Thanks.

***********************************************

Wednesday, June 03, 2009

7-zip sebagai alatan backup folder mudah

7-zip adalah aplikasi mampat/nyahmampat yang paling berguna untuk proses backup mudah. Tidak perlu memindahterima perisian lain, sekiranya anda mempunyai pengetahuan menggunakannya.

Baik, pertama sekali. Pasang dulu 7-zip. Pindah terima daripada laman web pautan di atas.

Kemudian, hasilkan fail *.bat mengunakan notepad dengan nama backup tertentu yang anda suka. Katakan saya namakan fail tersebut dengan nama backupdir.bat

Kemudian, hasilkan pula fail *.txt dengan nama tertentu juga yang anda suka. Saya gunakan backupdir.txt

Hasilnya seperti berikut : (klik untuk besarkan)


Okay, sekarang mari kita edit kedua-dua fail yang kita bina tadi. Buka backupdir.bat dengan menggunakan notepad.
Kandungannya seperti berikut: (sila copy-and-paste)


@echo off
echo Creating backup for:
pause
for /F "tokens=1-4 delims=/ " %%i IN ('date /t') DO (
set DT_DAY=%%i
set DT_MM=%%j
set DT_DD=%%k
SET DT_YYYY=%%l)
"C:\Program Files\7-Zip\7z.exe" a backup_"%DT_DAY%-%DT_MM%-%DT_DD%".7z @backupdir.txt
pause


Baik, apa yang penting dalam kandungan fail backupdir.bat di atas adalah yang berwarna merah di atas. C:\Program Files\7-Zip\7z.exe merujuk kepada lokasi fail 7z.exe yang dipasangkan ke dalam komputer anda. Seterusnya backupdir.txt yang merujuk kepada fail backupdir.txt yang kita hasilkan awal tadi.

Okay, seterusnya, simpankan fail di atas. Kita teruskan dengan fail backupdir.txt. Kandungannya adalah senarai dipisahkan dengan barisan baru bagi setiap folder yang anda ingin buat salinan backup. Contohnya :

C:\wamp\www\eget\docs
E:\documents\php\


Letaklah seberapa banyak lokasi folder yang anda ingini, pastikan setiap lokasi dipisahkan dengan barisan baru.

Simpankan fail di atas.
Anda seterusnya sudah boleh bermula. Untuk memulakan proses backup, cuma perlu larikan backupdir.bat dan ikuti langkah pada skrin.

Oh ya, sebelum tamat, fail yang terhasil daripada larian fail backupdir.bat di atas mempunyai konvensi penamaan seperti berikut: backup_{hari}-{bulan}-{tahun}
.7z
Contohnya: backup_03-06-2009.7z

Dan satu lagi, untuk backupdir.txt sekiranya lokasi anda mempunyai ruang kosong, pastikan anda menggunakan " dan " untuk membuka dan menutup lokasi berkenaan.
Contohnya:
"C:\wamp\www\eget document\docs"

Tamat.

Tuesday, May 12, 2009

Setting : Windows 7 64-bit and MPC HomeCinema

Untuk menggunakan Media Player Classic HomeCinema dengan Windows 7 64bit. Kita perlu lakukan beberapa setting tambahan bagi memastikan video yang dimainkan licin tanpa tersekat-sekat.

Sebagai permulaan, saya ingin ingatkan disini bahawa, untuk ke semua aturan di bawah hanya benar sekiranya komputer anda mempunyai kad grafik yang berkeupayaan untuk mengekod dan mengdekod video H264 terus daripada kad grafik. Sebagai contoh, saya menggunakan nVidia Geforce 9600GT. Ianya mempunyai fungsi tersebut. Semak dengan pengeluar kad grafik anda untuk menentukan sama ada kad grafik anda menyokong fungsi yang saya nyatakan di atas. Ini adalah penting kerana kita akan menggunakan ciri DXVA (DirectX Video Acceleration) yang ada pada Media Player Classic HomeCinema untuk memainkan sebarang video kita nanti.

Baik,

Di dalam review kali ini, saya akan utamakan fail MKV (720p dan ke atas) dengan softsub, codec H264 dan audio menggunakan AAC.

Anda boleh pindah terima versi K-Lite Mega Codec edisi biasa (32-bit) untuk tujuan ini. Tidak perlu memindahterima edisi 64-bit.


Di dalam persekitaran Windows XP 32-bit, anda boleh memilih sama ada untuk menggunakan
output DirectShow Video sama ada Haali atau VMR9 yang hasilnya akan memberikan kelicinan video tanpa tersekat-sekat. Terutamanya sekiranya anda memainkan video 720p atau 1080p yang menggunakan codec H264. Namun begitu, memilih Haali di dalam Windows 7 akan menyebabkan berlaku keganjilan apabila memainkan fail-fail H264 tertentu. Review atau artikel ini akan cuba mengatasi masalah ini.

Contoh di atas adalah aturan saya untuk Media Player Classic HomeCinema di dalam persekitaran Windows 7 64-bit. Pastikan anda memilih untuk menggunakan EVR Cusom Preset dan lain-lain aturan biarkan sebagaimana asal. Rujuk skrin di atas untuk pengesahan.

Kemudian, untuk memainkan video dengan Soft Subtitle, mara ke ranting Playback dan pastikan ditandakan pada Auto-load subtitles:

Seterusnya mara pula ke ranting External Filter dan Block semua filter yang telah saya senaraikan di dalam ruangan di bawah (kedua-duanya):

Akhir sekali, mara pula ke ranting Internal Filters dan sebelah kanan, tandakan pada H264/AVC(DXVA) dan VC1(DXVA):

Seterusnya cuba mainkan video anda.

Sebenarnya langkah-langkah di atas banyak bergantung daripada satu konfigurasi kepada satu konfigurasi yang lain. Langkah di atas adalah benar kepada sistem saya dan ianya membuatkan video H264 saya bermain dengan lancar sebagaimana di dalam Windows XP 32-bit yang digunakan oleh saya sebelum menaiktaraf ke Windows 7 64-bit.

Friday, February 27, 2009

Remove Conficker

Before you start begging me to include Conficker removal signature in my very own MLRT, here are the guideline on how to remove it without sorting to my solution. It's works on me. Just give it a try.

1.
Go here and download the latest Microsoft patch (MS08-67 vulnerability patch) to fill in the 'hole'. Click on the operating system that you have. After installation, restart your PC.

2.
Then, go here and download Microsoft Malicious Software Removal Tool. Run it.

3.
Check if the problem still persist (for example, your thumbdrive still have that autorun.inf and some weird file with *.vmx extension in the RECYCLER folder). If not, then your problem solved. Else, go to step 4.

4. (optional)
Download this removal tool from Bitdefender to remove the threat.

And there you have it. Please, seriously, use genuine Windows and install updates when available. It won't hurt you one bit if you do so.

Saturday, November 01, 2008

Berita

BezictoSoft's apps thread discussion :
Click here for Malwares Loadpoint Removal Tool (International),
Click here for pixelComic 1.26 and ClearpiCc (Malaysian Only),
Click here for DPTAplikasi K4 (Malaysian Only).

01 November 2008 5:39 PM (Malaysian Time GMT+8)
Berita-berita yang selama ini dipaparkan di bezictosoft tidak akan lagi dipaparkan. Saya akan menstrukturkan semula blog ini sebagai blog pembangunan perisian. Namun begitu, tips-tips dalam perkomputeran akan kekal selagimana saya tidak sibuk untuk menulis mengenainya.
Harap maklum.


Sunday, May 18, 2008

DPTAplikasi K4 Edisi Juruteknik

Setelah lama menunggu sehingga Windows XP Service Pack 3 dikeluarkan oleh Microsoft, DPTAplikasi versi terkini sedia untuk dipindah terima :


(Klik untuk memperbesarkan imej)

Pengenalan dan fungsi :
Aplikasi ini akan memudahkan juruteknik atau pengamal IT untuk melihat dan menyimpan senarai perisian(dalam format HTML/MS Excel) yang dipasang di komputer klien yang menggunakan Windows XP. Aplikasi ini juga membolehkan mereka membuang perisian-perisian yang tidak diperlukan pada komputer klien dengan mudah tanpa perlu memasuki ke dalam Control Panel.

DPTAplikasi K4 ini telah diuji di dalam persekitaran Windows XP Service Pack 3 dan kini mempunyai beberapa fungsi baru.

Kini terdapat 2 tab iaitu Tab Utama dan Tab Manipulasi. Tab Utama mempunyai fungsi-fungsi DPTAplikasi yang utama iaitu mengesan perisian yang dipasang pada komputer klien manakala Tab Manipulasi mempunyai set-set alatan untuk menghalang capaian utiliti sistem operasi tertentu terhadap komputer klien seperti :

1. Registry Editor
2. Display Applet
3. Utiliti-utiliti di dalam Control Panel
4. Task Manager
5. dan lain-lain lagi.

Selain itu, anda sebagai juruteknik juga boleh menghalang aplikasi-aplikasi daripada dipasang pada komputer sasaran dengan mengehadkan capaian terhadap servis Windows Installer.

Akses kepada storan USB juga boleh dihadkan dengan DPTAplikasi K4 ini.

Sebelum anda memindahterima DPTAplikasi K4 ini, anda perlu ketahui bahawa perisian ini disediakan secara percuma dan sebarang risiko penggunaan adalah di bawah tanggungan anda sendiri. Bantuan disediakan melalui forum di pautan yang disediakan di bawah.

Pindah Terima : melalui skydrive
Forum Bantuan : Klik di sini (sila reply untuk sebarang permasalahan)

Kehendak sistem :
Microsoft Windows XP

Maklumat fail pindah terima :
Nama fail : DPTAplikasiK4.zip
CRC : 4427EDC0
MD5 : a817418bf485f4096c55c6af8840e68e

Maklumat versi :
Nama : DPTAplikasi K4
Versi : 4.0.2008
Binaan : Build 23

Isu dan masalah :
-

Makluman :
Dengan rasminya, semua bantuan dan sokongan terhadap DPTAplikasi VST akan dihentikan. Sila pindah terima DPTAplikasi K4. Terima kasih di atas sokongan anda.

Sejarah : [Road to DPTAplikasi VST]

Wednesday, May 07, 2008

Mari slipstream Windows XP Service Pack 3 ke CD

Slipstream adalah cara untuk menyatukan service pack yang dikeluarkan oleh Microsoft ke CD Windows asal. Untuk ini, anda tidak perlu lagi memasangkan service pack setelah installasi Windows asas selesai.

Sebelum memulakan projek ini, anda disarankan untuk menyediakan perkara-perkara berikut :
1. Pindah terima Windows XP Service Pack 3 daripada laman ini.
2. Seterusnya, pindah terima RyanVM Integrator dari laman ini.
3. Sediakan CD asal Windows XP yang lazimnya anda guna untuk installasi bersih.
4. Pindahterima Nero 8 Trial daripada laman ini. Kita akan gunakan Nero Express.

Baik, mari kita mulakan. (Oh ya, untuk semua rajah skrin, klik untuk memperjelaskannya)

1.
Pertama sekali, buat dua folder di mana-mana ruang di dalam cakera keras anda. Namakan sebagai 'winxpcd' dan 'sp3'. Kemudian, namakan Windows XP Service Pack 3 yang telah anda pindah terima sebagai sp3.exe dan letakkannya ke dalam folder 'sp3' tadi. Seterusnya salinkan keseluruhan kandungan di dalam CD asal Windows XP ke folder 'winxpcd'. Rajah :


Dalam kes di atas, kita letakkan sp3.exe di F:\sp3


Dan kita salinkan keseluruhan CD asal Windows XP ke F:\winxpcd

2.
Untuk memudahkan anda, letakkan folder-folder berkenaan di root drive.

3.
Seterusnya, anda ke Start Menu > Run dan taipkan cmd untuk memulakan Command Prompt.

4.
Pada Command Prompt berkenaan, taipkan f: dan seterusnya cd sp3 (iaitu untuk mara ke direktori F:\sp3) Rujuk rajah bawah :


5.
Seterusnya taipkan
sp3.exe -x:f:\sp3
Rujuk rajah di bawah untuk verifikasi cara :



6.
Perhatikan rajah di atas, anda perlu pastikan direktori/folder yang dimaksudkan adalah betul dan tepat.

7.
Proses extracting akan bermula, dan sejurus tamat kekotak dialog berikut akan dipaparkan :


8.
Seterusnya adalah langkah paling penting. Setelah selesai proses di atas, anda perlu mara ke direktori sp3>i386>update menggunakan Command Prompt (taipkan cd i386 dan seterusnya cd update).
Dari direktori berkenaan, taipkan arahan
update.exe /integrate:f:\winxpcd

Lihat rajah Command Prompt di bawah, adalah penting untuk anda memastikan direktori yang dimaksudkan di dalam arahan yang dinyatakan di atas adalah tepat sebagaimana lokasinya :



9.
Tunggu sehingga proses integrasi selesai. Anda akan dipaparkan dengan turutan dialog di bawah :





10.
Seterusnya, menggunakan Windows Explorer, mara ke folder 'winxpcd' untuk melihat hasilnya :


11.
Kewujudan win51ip.SP3 menunjukkan proses slipstream ini berjaya.

12.
Seterusnya mulakan program RyanVM Integrator yang telah dipindahterima awal tadi. Terus saja mara ke tab Make ISO :



Anda perlu pastikan semua input adalah sebagaimana lokasi ianya berada.
a. Browse to the location which contains the finished i386 directory bermaksud anda perlu nyatakan lokasi direktori 'winxpcd' dalam kes ini adalah F:\winxpcd

b. ISO Location and File Name ialah lokasi anda hendak menyimpan fail image ISO yang akan dihasilkan menggunakan utiliti RyanVM Integrator ini. Katakan dalam kes ini kita simpan di F:\ dengan nama fail WXPCPP_EN.iso

c. Seterusnya Volume Label. Anda perlu masukkan semua CD asal Windows XP dan dapatkan nama volume bagi CD terbabit. Ini adalah penting. Dalam kes ini adalah WXPCPP_EN

13.
Seterusnya klik pada butang Make

14.
Tunggu sehingga proses Make ini selesai dan tekan butang Quit.


15.
Akhir sekali, satu fail ISO akan dihasilkan :

Fail ini perlu di-burn menggunakan program seperti Nero Burning ROM.

16.
Untuk memudahkan anda, sila pindah terima Nero 8 Trial. Kita akan mulakan proses burning ini menggunakan Nero Express : (Perhatian, antaramuka mungkin sedikit berbeza kerana saya menggunakan Nero 7)


a. Setelah mulakan Nero Express, klik pada Image, Project, Copy..
dan pilih Disc Image or Saved Project.


b. Seterusnya dapatkan fail ISO yang telah anda hasilkan menggunakan
RyanVM Integrator tadi dan klik Open.


c. Seterusnya klik pada butang Burn.

17.
Setelah selesai proses di atas, anda boleh mencuba CD yang telah anda hasilkan untuk memastikan ianya benar-benar boleh di-boot dan digunakan untuk proses installasi Windows.

Dengan ini, anda telah berjaya menghasilkan CD Windows XP yang telah terbina di dalamnya Service Pack 3. Anda tidak lagi perlu melaksanakan proses installasi berasingan lagi selepas ini.

TAMAT

Monday, July 09, 2007

BezictoSoft ClearpiCc + pixelComic 1.26



deskmod pixelComic 1.26
[Screenshot]
pixelComic 1.26 adalah perisian membaca manga yang diarchive dalam format zip/rar yang terbaik bagi menggantikan ACDSee. Namun begitu, pembangunan versi terakhirnya pada 1.26 telah dihentikan pada tahun 2005 dan tiada lagi versi baru dikeluarkan selepas itu.

BezictoSoft ClearpiCc [Screenshot]
Utiliti kecil ini adalah bagi membantu pengguna pixelComic 1.26 untuk 'membersihkan' reading session terdahulu. Dengan ini privasi pengguna akan terjamin.

Pakej untuk pindah terima di bawah terdiri daripada 3 komponen iaitu :
1. Installer untuk pixelComic 1.26
(
pixelComic126-Install.exe)

2. zlib.dll dan unrar.dll updater for pixelComic 1.26
(
pixelComic126-Updates-20070708.exe)

3. ClearpiCc
(
clearpiCc.exe)

[Download : Pakej Pindah terima | atau melalui skydrive]

Monday, March 20, 2006

Tutorial Online : JavaScript Permulaan

Dah lama saya buat tutorial atas talian untuk ajar JavaScript ni. Seingatnya masa saya masih belajar di UTM dulu, sehingga sekarang bila dibaca balik banyak menimbulkan nostalgia. Masih lagi releven dan anda boleh melayarinya di sini :

http://geocities.com/kasyrani/javaScript/js.html

Monday, February 27, 2006

Analisis : Worm Brontok

Analisis ini dibuat bagi memudahkan saya mengesan dan membuang worm yang paling degil ini daripada pc klien-klien saya. Sepanjang kehidupan, inilah worm yang paling degil dan bodoh pernah saya jumpa. Terima kasih diucapkan kepada Yohanes Nugroho yang membenarkan saya mengambil sebahagian daripada pemerhatian beliau untuk dimasukkan ke dalam analisis saya.

Pindah terima : Klik sini

Edit 23 Mac 2006
Pautan tambahan :
http://wirusy.antivirenkit.pl/en/szczepionki/Brontok.html
http://www.pctools.com/anti-virus/encyclopedia/virus/Email-Worm.Win32.Brontok.a/

Sunday, February 26, 2006

Aplikasi : MRU-Destroyer

Projek ini dimulakan pada pertengahan 2003 dengan harapan untuk menyaingi produk lain seumpamanya di internet. Sekarang masih lagi diperingkat pembangunan. Tujuan projek ini adalah perisian ringkas yang dapat memadamkan kesan-kesan penggunaan fail oleh anda di dalam komputer anda. Anda sudah tentu biasa dengan history dan recently used files misalannya. Maka program ini dapat menghilang jejak yang mana anda pernah menaip dan menggunakan sebarang fail di dalam komputer sasaran. Namun begitu perisian ini masih dalam pembangunan di mana hanya sebilangan kecil 'jejak' yang dapat dipadamkan oleh perisian ini. Pangkalan Data perisian ini dilindungi dengan perlindungan enkripsi XOR.

Pindah terima : Versi 1.0 Rel.09072005 Win32 melalui skydrive
Nota :
Gunakan perisian ini di bawah risiko anda sendiri, terdapat beberapa lagi ralat antaramuka kecil yang masih dalam proses validasi. Namun begitu, perisian ini telah diuji selamat ketika menjalankan operasi pengesanan dan pembersihan.

Tutorial : Pengaturcaraan Pangkalan Data dengan Borland Delphi 5

Tutorial ini dapat membantu anda membuat program berpangkalan data dengan Borland Delphi. Sasaran tutorial ini adalah bagi mereka yang sudah mahir dengan Borland Delphi dan merancang untuk mengembangkan pengetahuan menggunakan ADO (ActiveX Data Object) Programming.

Pindah terima : Versi v1.0.03 build 0511

Tutorial : DVD Encoding untuk Si Bodoh

Tutorial ini disasarkan kepada anda yang ingin belajar cara-cara untuk membuat salinan selamat (backup) DVD/VCD yang anda ada. Disasarkan kepada semua tahap pengguna dan setiap keterangan diterangkan dengan terperinci.

Pindah terima : Revisi Rel.051215 Versi 1.2

BezictoSOFT bermula !!

Sebagai memudahkan saya untuk mengutarakan semua projek yang telah saya buat, maka wujudlah blog ini yang merupakan ekstensi kepada anatanosekai.blogdrive.com
Blog ini akan menggunakan Bahasa Malaysia sepenuhnya dengan penumpuan hanya kepada pembangunan tutorial dan perisian yang telah saya buat sepanjang kehidupan.

Blog peribadi saya berada di http://anatanosekai.blogdrive.com di dalam bahasa inggeris dan bahasa malaysia. tetapi dalam kebanyakkan masa, ditulis dalam bahasa inggeris.