I've moved

*****************************
I've moved to another hosting. Click here.
I will no longer post updates in this account.
Please update your bookmark.
Future version of MLRT will be published and released on that site.
Thanks.

***********************************************

Showing posts with label Windows 7. Show all posts
Showing posts with label Windows 7. Show all posts

Sunday, January 17, 2010

MPC-HC dan Windows 7 (Haali Renderer)

Artikel ini adalah pembaikan kepada setting Media Player Classic Home Cinema untuk Windows 7. Setelah bermain-main dengan setting-nya semalam, berikut adalah aturan yang boleh anda lakukan untuk menjadikan jumlah drop frames kepada sifar :

1. Pindah turun K-Lite Mega Codec yang terbaru.

2. Pada ruangan Options MPC-HC, un-tick Auto-load subtitles :

3. Seterusnya, bagi Output, gunakan Haali Renderer :

4. Pada Internal Filter, un-tick H264/AVC (DXVA) dan un-tick juga VC1 (DXVA) :

5. Pada Eternal Filter pula, pastikan DirectVobSub (auto-loading version) di set kepada Prefer :

6. Restart MPC-HC dan perhatikan hasilnya.

Thursday, December 31, 2009

Sticky Notes Windows 7

Sticky Notes yang datang dengan Windows 7 memang sangat-sangat berguna. Namun begitu, ada banyak perkara yang tidak boleh diaturkan melainkan warna latarbelakang setiap sticky.

Berikut adalah short-cut key untuk kepelbagaian fungsi Sticky Notes :

[CTRL] + [+=] + [2] = saiz font besar atau kecil

[CTRL] + [SHIFT] + [>] = besarkan saiz font

[CTRL] + [SHIFT] + [<] = kecilkan saiz font

[CTRL] + [L] = Left justify

[CTRL] + [R] = Right justify

[CTRL] + [E] = Center justify

[CTRL] + [B] = Bold selected

[CTRL] + [I] = Italic selected

[CTRL] + [U] = Underline selected

[CTRL] + [Z] = Undo

[CTRL] + [Y] = Redo

Selamat mencuba. Oh, [+=] di atas adalah butang sebelum backspace pada papan kekunci anda, iaitu butang yang ada kedua-dua simbol [+] dan [=].

Tuesday, May 12, 2009

Setting : Windows 7 64-bit and MPC HomeCinema

Untuk menggunakan Media Player Classic HomeCinema dengan Windows 7 64bit. Kita perlu lakukan beberapa setting tambahan bagi memastikan video yang dimainkan licin tanpa tersekat-sekat.

Sebagai permulaan, saya ingin ingatkan disini bahawa, untuk ke semua aturan di bawah hanya benar sekiranya komputer anda mempunyai kad grafik yang berkeupayaan untuk mengekod dan mengdekod video H264 terus daripada kad grafik. Sebagai contoh, saya menggunakan nVidia Geforce 9600GT. Ianya mempunyai fungsi tersebut. Semak dengan pengeluar kad grafik anda untuk menentukan sama ada kad grafik anda menyokong fungsi yang saya nyatakan di atas. Ini adalah penting kerana kita akan menggunakan ciri DXVA (DirectX Video Acceleration) yang ada pada Media Player Classic HomeCinema untuk memainkan sebarang video kita nanti.

Baik,

Di dalam review kali ini, saya akan utamakan fail MKV (720p dan ke atas) dengan softsub, codec H264 dan audio menggunakan AAC.

Anda boleh pindah terima versi K-Lite Mega Codec edisi biasa (32-bit) untuk tujuan ini. Tidak perlu memindahterima edisi 64-bit.


Di dalam persekitaran Windows XP 32-bit, anda boleh memilih sama ada untuk menggunakan
output DirectShow Video sama ada Haali atau VMR9 yang hasilnya akan memberikan kelicinan video tanpa tersekat-sekat. Terutamanya sekiranya anda memainkan video 720p atau 1080p yang menggunakan codec H264. Namun begitu, memilih Haali di dalam Windows 7 akan menyebabkan berlaku keganjilan apabila memainkan fail-fail H264 tertentu. Review atau artikel ini akan cuba mengatasi masalah ini.

Contoh di atas adalah aturan saya untuk Media Player Classic HomeCinema di dalam persekitaran Windows 7 64-bit. Pastikan anda memilih untuk menggunakan EVR Cusom Preset dan lain-lain aturan biarkan sebagaimana asal. Rujuk skrin di atas untuk pengesahan.

Kemudian, untuk memainkan video dengan Soft Subtitle, mara ke ranting Playback dan pastikan ditandakan pada Auto-load subtitles:

Seterusnya mara pula ke ranting External Filter dan Block semua filter yang telah saya senaraikan di dalam ruangan di bawah (kedua-duanya):

Akhir sekali, mara pula ke ranting Internal Filters dan sebelah kanan, tandakan pada H264/AVC(DXVA) dan VC1(DXVA):

Seterusnya cuba mainkan video anda.

Sebenarnya langkah-langkah di atas banyak bergantung daripada satu konfigurasi kepada satu konfigurasi yang lain. Langkah di atas adalah benar kepada sistem saya dan ianya membuatkan video H264 saya bermain dengan lancar sebagaimana di dalam Windows XP 32-bit yang digunakan oleh saya sebelum menaiktaraf ke Windows 7 64-bit.