I've moved

*****************************
I've moved to another hosting. Click here.
I will no longer post updates in this account.
Please update your bookmark.
Future version of MLRT will be published and released on that site.
Thanks.

***********************************************

Showing posts with label Tutorial. Show all posts
Showing posts with label Tutorial. Show all posts

Wednesday, June 03, 2009

7-zip sebagai alatan backup folder mudah

7-zip adalah aplikasi mampat/nyahmampat yang paling berguna untuk proses backup mudah. Tidak perlu memindahterima perisian lain, sekiranya anda mempunyai pengetahuan menggunakannya.

Baik, pertama sekali. Pasang dulu 7-zip. Pindah terima daripada laman web pautan di atas.

Kemudian, hasilkan fail *.bat mengunakan notepad dengan nama backup tertentu yang anda suka. Katakan saya namakan fail tersebut dengan nama backupdir.bat

Kemudian, hasilkan pula fail *.txt dengan nama tertentu juga yang anda suka. Saya gunakan backupdir.txt

Hasilnya seperti berikut : (klik untuk besarkan)


Okay, sekarang mari kita edit kedua-dua fail yang kita bina tadi. Buka backupdir.bat dengan menggunakan notepad.
Kandungannya seperti berikut: (sila copy-and-paste)


@echo off
echo Creating backup for:
pause
for /F "tokens=1-4 delims=/ " %%i IN ('date /t') DO (
set DT_DAY=%%i
set DT_MM=%%j
set DT_DD=%%k
SET DT_YYYY=%%l)
"C:\Program Files\7-Zip\7z.exe" a backup_"%DT_DAY%-%DT_MM%-%DT_DD%".7z @backupdir.txt
pause


Baik, apa yang penting dalam kandungan fail backupdir.bat di atas adalah yang berwarna merah di atas. C:\Program Files\7-Zip\7z.exe merujuk kepada lokasi fail 7z.exe yang dipasangkan ke dalam komputer anda. Seterusnya backupdir.txt yang merujuk kepada fail backupdir.txt yang kita hasilkan awal tadi.

Okay, seterusnya, simpankan fail di atas. Kita teruskan dengan fail backupdir.txt. Kandungannya adalah senarai dipisahkan dengan barisan baru bagi setiap folder yang anda ingin buat salinan backup. Contohnya :

C:\wamp\www\eget\docs
E:\documents\php\


Letaklah seberapa banyak lokasi folder yang anda ingini, pastikan setiap lokasi dipisahkan dengan barisan baru.

Simpankan fail di atas.
Anda seterusnya sudah boleh bermula. Untuk memulakan proses backup, cuma perlu larikan backupdir.bat dan ikuti langkah pada skrin.

Oh ya, sebelum tamat, fail yang terhasil daripada larian fail backupdir.bat di atas mempunyai konvensi penamaan seperti berikut: backup_{hari}-{bulan}-{tahun}
.7z
Contohnya: backup_03-06-2009.7z

Dan satu lagi, untuk backupdir.txt sekiranya lokasi anda mempunyai ruang kosong, pastikan anda menggunakan " dan " untuk membuka dan menutup lokasi berkenaan.
Contohnya:
"C:\wamp\www\eget document\docs"

Tamat.

Wednesday, May 07, 2008

Mari slipstream Windows XP Service Pack 3 ke CD

Slipstream adalah cara untuk menyatukan service pack yang dikeluarkan oleh Microsoft ke CD Windows asal. Untuk ini, anda tidak perlu lagi memasangkan service pack setelah installasi Windows asas selesai.

Sebelum memulakan projek ini, anda disarankan untuk menyediakan perkara-perkara berikut :
1. Pindah terima Windows XP Service Pack 3 daripada laman ini.
2. Seterusnya, pindah terima RyanVM Integrator dari laman ini.
3. Sediakan CD asal Windows XP yang lazimnya anda guna untuk installasi bersih.
4. Pindahterima Nero 8 Trial daripada laman ini. Kita akan gunakan Nero Express.

Baik, mari kita mulakan. (Oh ya, untuk semua rajah skrin, klik untuk memperjelaskannya)

1.
Pertama sekali, buat dua folder di mana-mana ruang di dalam cakera keras anda. Namakan sebagai 'winxpcd' dan 'sp3'. Kemudian, namakan Windows XP Service Pack 3 yang telah anda pindah terima sebagai sp3.exe dan letakkannya ke dalam folder 'sp3' tadi. Seterusnya salinkan keseluruhan kandungan di dalam CD asal Windows XP ke folder 'winxpcd'. Rajah :


Dalam kes di atas, kita letakkan sp3.exe di F:\sp3


Dan kita salinkan keseluruhan CD asal Windows XP ke F:\winxpcd

2.
Untuk memudahkan anda, letakkan folder-folder berkenaan di root drive.

3.
Seterusnya, anda ke Start Menu > Run dan taipkan cmd untuk memulakan Command Prompt.

4.
Pada Command Prompt berkenaan, taipkan f: dan seterusnya cd sp3 (iaitu untuk mara ke direktori F:\sp3) Rujuk rajah bawah :


5.
Seterusnya taipkan
sp3.exe -x:f:\sp3
Rujuk rajah di bawah untuk verifikasi cara :



6.
Perhatikan rajah di atas, anda perlu pastikan direktori/folder yang dimaksudkan adalah betul dan tepat.

7.
Proses extracting akan bermula, dan sejurus tamat kekotak dialog berikut akan dipaparkan :


8.
Seterusnya adalah langkah paling penting. Setelah selesai proses di atas, anda perlu mara ke direktori sp3>i386>update menggunakan Command Prompt (taipkan cd i386 dan seterusnya cd update).
Dari direktori berkenaan, taipkan arahan
update.exe /integrate:f:\winxpcd

Lihat rajah Command Prompt di bawah, adalah penting untuk anda memastikan direktori yang dimaksudkan di dalam arahan yang dinyatakan di atas adalah tepat sebagaimana lokasinya :



9.
Tunggu sehingga proses integrasi selesai. Anda akan dipaparkan dengan turutan dialog di bawah :





10.
Seterusnya, menggunakan Windows Explorer, mara ke folder 'winxpcd' untuk melihat hasilnya :


11.
Kewujudan win51ip.SP3 menunjukkan proses slipstream ini berjaya.

12.
Seterusnya mulakan program RyanVM Integrator yang telah dipindahterima awal tadi. Terus saja mara ke tab Make ISO :



Anda perlu pastikan semua input adalah sebagaimana lokasi ianya berada.
a. Browse to the location which contains the finished i386 directory bermaksud anda perlu nyatakan lokasi direktori 'winxpcd' dalam kes ini adalah F:\winxpcd

b. ISO Location and File Name ialah lokasi anda hendak menyimpan fail image ISO yang akan dihasilkan menggunakan utiliti RyanVM Integrator ini. Katakan dalam kes ini kita simpan di F:\ dengan nama fail WXPCPP_EN.iso

c. Seterusnya Volume Label. Anda perlu masukkan semua CD asal Windows XP dan dapatkan nama volume bagi CD terbabit. Ini adalah penting. Dalam kes ini adalah WXPCPP_EN

13.
Seterusnya klik pada butang Make

14.
Tunggu sehingga proses Make ini selesai dan tekan butang Quit.


15.
Akhir sekali, satu fail ISO akan dihasilkan :

Fail ini perlu di-burn menggunakan program seperti Nero Burning ROM.

16.
Untuk memudahkan anda, sila pindah terima Nero 8 Trial. Kita akan mulakan proses burning ini menggunakan Nero Express : (Perhatian, antaramuka mungkin sedikit berbeza kerana saya menggunakan Nero 7)


a. Setelah mulakan Nero Express, klik pada Image, Project, Copy..
dan pilih Disc Image or Saved Project.


b. Seterusnya dapatkan fail ISO yang telah anda hasilkan menggunakan
RyanVM Integrator tadi dan klik Open.


c. Seterusnya klik pada butang Burn.

17.
Setelah selesai proses di atas, anda boleh mencuba CD yang telah anda hasilkan untuk memastikan ianya benar-benar boleh di-boot dan digunakan untuk proses installasi Windows.

Dengan ini, anda telah berjaya menghasilkan CD Windows XP yang telah terbina di dalamnya Service Pack 3. Anda tidak lagi perlu melaksanakan proses installasi berasingan lagi selepas ini.

TAMAT

Monday, March 20, 2006

Tutorial Online : JavaScript Permulaan

Dah lama saya buat tutorial atas talian untuk ajar JavaScript ni. Seingatnya masa saya masih belajar di UTM dulu, sehingga sekarang bila dibaca balik banyak menimbulkan nostalgia. Masih lagi releven dan anda boleh melayarinya di sini :

http://geocities.com/kasyrani/javaScript/js.html

Sunday, February 26, 2006

Tutorial : Pengaturcaraan Pangkalan Data dengan Borland Delphi 5

Tutorial ini dapat membantu anda membuat program berpangkalan data dengan Borland Delphi. Sasaran tutorial ini adalah bagi mereka yang sudah mahir dengan Borland Delphi dan merancang untuk mengembangkan pengetahuan menggunakan ADO (ActiveX Data Object) Programming.

Pindah terima : Versi v1.0.03 build 0511

Tutorial : DVD Encoding untuk Si Bodoh

Tutorial ini disasarkan kepada anda yang ingin belajar cara-cara untuk membuat salinan selamat (backup) DVD/VCD yang anda ada. Disasarkan kepada semua tahap pengguna dan setiap keterangan diterangkan dengan terperinci.

Pindah terima : Revisi Rel.051215 Versi 1.2