I've moved

*****************************
I've moved to another hosting. Click here.
I will no longer post updates in this account.
Please update your bookmark.
Future version of MLRT will be published and released on that site.
Thanks.

***********************************************

Thursday, November 26, 2009

Tingkatkan keselamatan komputer anda dengan Firefox

Tajuk di atas bukannya melambangkan Firefox adalah perisian keselamatan seperti antivirus dan antimalware.

Kebanyakkan malware adalah datang dari 3 sumber, pertamanya adalah USB Flash Drive, Internet dan akhir sekali menggunakan perisian tidak sah secara penggunaan crack.

Saya menyarankan agar pengguna menggunakan Firefox dengan mengenakan 3 add-on berikut.
1. WOT : https://addons.mozilla.org/en-US/firefox/addon/3456
2. AdBlock Plus : https://addons.mozilla.org/en-US/firefox/addon/1865
3. NoScript : https://addons.mozilla.org/en-US/firefox/addon/722

(Sesetengah laman web komersial mungkin akan mendatangkan masalah tertentu sekiranya anda menggunakan add-on di atas. Anda boleh disable-kannya dengan mudah. rujuk dokumentasi yang disediakan.)

Deskripsi bagi setiap satu ada pada laman masing-masing. Dengan ini, anda dapat melengkapkan diri anda daripada segala 'kejahatan' laman web tertentu di internet.

Bagi pengguna Windows, anda juga digalakkan menggunakan Spyware Blaster yang berfungsi secara pasif melindungi anda daripada laman web yang tersembunyi di dalamnya kod-kod berniat 'jahat' dengan tujuan mengintip atau merosakkan sistem komputer anda.

Thursday, November 19, 2009

Perisian sumber terbuka/freeware untuk PC anda

Anda sudah serik dengan menggunakan perisian tidak sah ? Atau penat mencari duit setiap kali ingin membeli perisian baru ? Mari kita lihat alternatif sumber terbuka dan freeware ini :

1.
Pengganti kepada Nero Burning ROM :
ImgBurn
URL : http://www.imgburn.com/

2.
Pengganti kepada mIRC (yang masih lagi penting bagi sesetengah orang termasuk saya) :
HydraIRC
URL : http://www.hydrairc.com

3.
Pengganti kepada perisian antivirus berbayar :
Microsoft Security Essential
URL : http://www.microsoft.com/Security_Essentials/

4.
Halang USB Drive rakan anda yang dijangkiti virus/malware daripada merebak ke komputer anda :
Ninja Pendisk!
URL : http://nunobrito.eu/ninja/

5.
Alatan yang mesti ada kepada pengaturcara web dan juruanalisa sistem, notepad yang lebih lengkap :
Notepad++
URL : http://notepad-plus.sourceforge.net/uk/site.htm

6.
Siapa perlukan Adobe Acrobat hanya untuk mencetak PDF ? :
CutePDF
URL : http://www.cutepdf.com/

7.
Pembaca fail PDF yang super laju berbanding Adobe Reader :
Foxit Reader
URL : http://www.foxitsoftware.com/pdf/reader/

8.
Bersihkan sistem anda daripada fail-fail/isian registry usang:
CCleaner
URL : http://www.ccleaner.com

9.
Tak perlu install semua video codec untuk menonton kepelbagaian format video :
VLC Media Player
URL : http://www.videolan.org/vlc/

10.
WinRAR dan WinZip selamat tinggal ! :
7-zip
URL : http://www.7-zip.org/

11.
Elak spyware sebelum ianya masuk :
Spyware Blaster
URL : http://www.javacoolsoftware.com/spywareblaster.html

Lebih lagi di masa akan datang.