I've moved

*****************************
I've moved to another hosting. Click here.
I will no longer post updates in this account.
Please update your bookmark.
Future version of MLRT will be published and released on that site.
Thanks.

***********************************************

Sunday, May 18, 2008

DPTAplikasi K4 Edisi Juruteknik

Setelah lama menunggu sehingga Windows XP Service Pack 3 dikeluarkan oleh Microsoft, DPTAplikasi versi terkini sedia untuk dipindah terima :


(Klik untuk memperbesarkan imej)

Pengenalan dan fungsi :
Aplikasi ini akan memudahkan juruteknik atau pengamal IT untuk melihat dan menyimpan senarai perisian(dalam format HTML/MS Excel) yang dipasang di komputer klien yang menggunakan Windows XP. Aplikasi ini juga membolehkan mereka membuang perisian-perisian yang tidak diperlukan pada komputer klien dengan mudah tanpa perlu memasuki ke dalam Control Panel.

DPTAplikasi K4 ini telah diuji di dalam persekitaran Windows XP Service Pack 3 dan kini mempunyai beberapa fungsi baru.

Kini terdapat 2 tab iaitu Tab Utama dan Tab Manipulasi. Tab Utama mempunyai fungsi-fungsi DPTAplikasi yang utama iaitu mengesan perisian yang dipasang pada komputer klien manakala Tab Manipulasi mempunyai set-set alatan untuk menghalang capaian utiliti sistem operasi tertentu terhadap komputer klien seperti :

1. Registry Editor
2. Display Applet
3. Utiliti-utiliti di dalam Control Panel
4. Task Manager
5. dan lain-lain lagi.

Selain itu, anda sebagai juruteknik juga boleh menghalang aplikasi-aplikasi daripada dipasang pada komputer sasaran dengan mengehadkan capaian terhadap servis Windows Installer.

Akses kepada storan USB juga boleh dihadkan dengan DPTAplikasi K4 ini.

Sebelum anda memindahterima DPTAplikasi K4 ini, anda perlu ketahui bahawa perisian ini disediakan secara percuma dan sebarang risiko penggunaan adalah di bawah tanggungan anda sendiri. Bantuan disediakan melalui forum di pautan yang disediakan di bawah.

Pindah Terima : melalui skydrive
Forum Bantuan : Klik di sini (sila reply untuk sebarang permasalahan)

Kehendak sistem :
Microsoft Windows XP

Maklumat fail pindah terima :
Nama fail : DPTAplikasiK4.zip
CRC : 4427EDC0
MD5 : a817418bf485f4096c55c6af8840e68e

Maklumat versi :
Nama : DPTAplikasi K4
Versi : 4.0.2008
Binaan : Build 23

Isu dan masalah :
-

Makluman :
Dengan rasminya, semua bantuan dan sokongan terhadap DPTAplikasi VST akan dihentikan. Sila pindah terima DPTAplikasi K4. Terima kasih di atas sokongan anda.

Sejarah : [Road to DPTAplikasi VST]

Wednesday, May 07, 2008

Mari slipstream Windows XP Service Pack 3 ke CD

Slipstream adalah cara untuk menyatukan service pack yang dikeluarkan oleh Microsoft ke CD Windows asal. Untuk ini, anda tidak perlu lagi memasangkan service pack setelah installasi Windows asas selesai.

Sebelum memulakan projek ini, anda disarankan untuk menyediakan perkara-perkara berikut :
1. Pindah terima Windows XP Service Pack 3 daripada laman ini.
2. Seterusnya, pindah terima RyanVM Integrator dari laman ini.
3. Sediakan CD asal Windows XP yang lazimnya anda guna untuk installasi bersih.
4. Pindahterima Nero 8 Trial daripada laman ini. Kita akan gunakan Nero Express.

Baik, mari kita mulakan. (Oh ya, untuk semua rajah skrin, klik untuk memperjelaskannya)

1.
Pertama sekali, buat dua folder di mana-mana ruang di dalam cakera keras anda. Namakan sebagai 'winxpcd' dan 'sp3'. Kemudian, namakan Windows XP Service Pack 3 yang telah anda pindah terima sebagai sp3.exe dan letakkannya ke dalam folder 'sp3' tadi. Seterusnya salinkan keseluruhan kandungan di dalam CD asal Windows XP ke folder 'winxpcd'. Rajah :


Dalam kes di atas, kita letakkan sp3.exe di F:\sp3


Dan kita salinkan keseluruhan CD asal Windows XP ke F:\winxpcd

2.
Untuk memudahkan anda, letakkan folder-folder berkenaan di root drive.

3.
Seterusnya, anda ke Start Menu > Run dan taipkan cmd untuk memulakan Command Prompt.

4.
Pada Command Prompt berkenaan, taipkan f: dan seterusnya cd sp3 (iaitu untuk mara ke direktori F:\sp3) Rujuk rajah bawah :


5.
Seterusnya taipkan
sp3.exe -x:f:\sp3
Rujuk rajah di bawah untuk verifikasi cara :



6.
Perhatikan rajah di atas, anda perlu pastikan direktori/folder yang dimaksudkan adalah betul dan tepat.

7.
Proses extracting akan bermula, dan sejurus tamat kekotak dialog berikut akan dipaparkan :


8.
Seterusnya adalah langkah paling penting. Setelah selesai proses di atas, anda perlu mara ke direktori sp3>i386>update menggunakan Command Prompt (taipkan cd i386 dan seterusnya cd update).
Dari direktori berkenaan, taipkan arahan
update.exe /integrate:f:\winxpcd

Lihat rajah Command Prompt di bawah, adalah penting untuk anda memastikan direktori yang dimaksudkan di dalam arahan yang dinyatakan di atas adalah tepat sebagaimana lokasinya :



9.
Tunggu sehingga proses integrasi selesai. Anda akan dipaparkan dengan turutan dialog di bawah :





10.
Seterusnya, menggunakan Windows Explorer, mara ke folder 'winxpcd' untuk melihat hasilnya :


11.
Kewujudan win51ip.SP3 menunjukkan proses slipstream ini berjaya.

12.
Seterusnya mulakan program RyanVM Integrator yang telah dipindahterima awal tadi. Terus saja mara ke tab Make ISO :



Anda perlu pastikan semua input adalah sebagaimana lokasi ianya berada.
a. Browse to the location which contains the finished i386 directory bermaksud anda perlu nyatakan lokasi direktori 'winxpcd' dalam kes ini adalah F:\winxpcd

b. ISO Location and File Name ialah lokasi anda hendak menyimpan fail image ISO yang akan dihasilkan menggunakan utiliti RyanVM Integrator ini. Katakan dalam kes ini kita simpan di F:\ dengan nama fail WXPCPP_EN.iso

c. Seterusnya Volume Label. Anda perlu masukkan semua CD asal Windows XP dan dapatkan nama volume bagi CD terbabit. Ini adalah penting. Dalam kes ini adalah WXPCPP_EN

13.
Seterusnya klik pada butang Make

14.
Tunggu sehingga proses Make ini selesai dan tekan butang Quit.


15.
Akhir sekali, satu fail ISO akan dihasilkan :

Fail ini perlu di-burn menggunakan program seperti Nero Burning ROM.

16.
Untuk memudahkan anda, sila pindah terima Nero 8 Trial. Kita akan mulakan proses burning ini menggunakan Nero Express : (Perhatian, antaramuka mungkin sedikit berbeza kerana saya menggunakan Nero 7)


a. Setelah mulakan Nero Express, klik pada Image, Project, Copy..
dan pilih Disc Image or Saved Project.


b. Seterusnya dapatkan fail ISO yang telah anda hasilkan menggunakan
RyanVM Integrator tadi dan klik Open.


c. Seterusnya klik pada butang Burn.

17.
Setelah selesai proses di atas, anda boleh mencuba CD yang telah anda hasilkan untuk memastikan ianya benar-benar boleh di-boot dan digunakan untuk proses installasi Windows.

Dengan ini, anda telah berjaya menghasilkan CD Windows XP yang telah terbina di dalamnya Service Pack 3. Anda tidak lagi perlu melaksanakan proses installasi berasingan lagi selepas ini.

TAMAT