I've moved

*****************************
I've moved to another hosting. Click here.
I will no longer post updates in this account.
Please update your bookmark.
Future version of MLRT will be published and released on that site.
Thanks.

***********************************************

Sunday, January 17, 2010

MPC-HC dan Windows 7 (Haali Renderer)

Artikel ini adalah pembaikan kepada setting Media Player Classic Home Cinema untuk Windows 7. Setelah bermain-main dengan setting-nya semalam, berikut adalah aturan yang boleh anda lakukan untuk menjadikan jumlah drop frames kepada sifar :

1. Pindah turun K-Lite Mega Codec yang terbaru.

2. Pada ruangan Options MPC-HC, un-tick Auto-load subtitles :

3. Seterusnya, bagi Output, gunakan Haali Renderer :

4. Pada Internal Filter, un-tick H264/AVC (DXVA) dan un-tick juga VC1 (DXVA) :

5. Pada Eternal Filter pula, pastikan DirectVobSub (auto-loading version) di set kepada Prefer :

6. Restart MPC-HC dan perhatikan hasilnya.

Saturday, January 16, 2010

Memilih kad grafik untuk komputer anda.

Perhatian : Artikel ini hanya untuk kad grafik dengan teknologi PCI-Express sahaja.

Memilih kad grafik untuk komputer anda, bukannya sekadar beli dan pasang saja. Perkara pertama sekali dan yang paling penting untuk tengok adalah casing.

Berikut adalah di dalam casing komputer. Kad grafik di bawah adalah 7300GS :



Panjang kad 7300GS itu adalah sekitar 7 inci. Anak panah berwarna hijau itu adalah panjang sepanjang 25cm iaitu kira-kira 10 inci sebelum ianya mengenai kabel IDE cakera keras.

Kebanyakan kad berprofil 'value' atau jenis yang harganya di bawah rm400 adalah bersaiz lebih kurang begini. Namun begitu bagi kad-kad kelas mainstream dan high-end, panjang kad adalah 9 inci dan ke atas. ada yang mencecah sampai 13 inci (misalnya Radeon siri 5800 dan Geforce GTX 280).

Misalnya, lihat kad 9600GT ini. Ianya sepanjang 9 inci. Jika kita gantikan 7300GT tadi dengan 9600GT ini :



Kita dapati, saiznya yang panjang menganggu sedikit perjalanan kabel IDE. Maka aturan pertama untuk membeli : SILA SEMAK KEADAAN CASING ANDA. Selepas itu aturan kedua : PASTIKAN SAIZ/PANJANG KAD GRAFIK YANG ANDA INGINI.

Kedua-dua aturan ini bagi memastikan bahawa kad grafik baru anda nanti muat di dalam casing sedia ada.

Jika anda berhajat untuk menukar casing, sila dapatkan casing dengan saiz FULL ATX. Untuk rujukan lanjut rujuk di sini --> sini

Seterusnya adalah PSU atau Power Suppy unit :

Bagi kad grafik yang berharga murah, mungkin tak perlukan kuasa tambahan (Watt). Cukup sekadar 75W yang dibekalkan oleh slot pci-express pada motherboard.

Akan tetapi, bagi model mainstream misalnya 8800GT dan 9600GT, ianya memerlukan kuasa tambahan. Mungkin melalui sama ada kabel 6-pin pci-e atau kabel 8-pin. Gambar :



Sekiranya power supply anda tiada sambungan kabel macam gambar di atas tidak perlu risau, lazimnya diberi dalam kotak kad grafik.

Dan kad grafik yang mahal (high-end) lazimnya mengharapkan pada rail-rail 12V pada PSU untuk bekalan kuasanya. Contohnya lihat rating PSU dari Antec ini :



PSU Antec ini ada tiga rail 12V positif iaitu +12V1, +12V2 dan +12V3. (Anda tidak perlu melihat yang negatif)

Ketiga-tiga rail 12V positif ni akan membawa jumlah 54A(18A+18A+18A) yang seterusnya membawa kepada jumlah watt yang disokong olehnya sebanyak 504W. Bergantung kepada PSU, jumlah ampere (A) bagi setiap rail 12V adalah dikira sebagai hasil tambah antara kesemuanya.

Mengikut kepada spesifikasi, 9600GT memerlukan 26A. Maka dengan rating PSU seperti ANTEC ini, ianya lebih daripada mengcukupi (ia mencapai sehingga 54A).

Akan tetapi, sekiranya PSU anda tidak mempunyai rating ampere (A) yang mengcukupi, komputer anda boleh mengalami masalah crash yang berlaku secara tiba-tiba dan juga sistem pengoperasian tergantung (hang).

Maka aturan ketiga adalah : Semak rating power supply anda terutamanya untuk rail-rail 12V positif, tambahkan nilai ampere (A) dan seterusnya semak keperluan kad grafik anda. Ingat, 'lebih' adalah lebih baik daripada 'kurang atau sama'.

Seterusnya, setelah anda berjaya melalui kesemua ketetapan ini, dengan duit yang mengcukupi, teruskan saja dengan niat anda untuk meng-upgrade kad grafik di dalam komputer anda.

Friday, January 15, 2010

New version of ClearHS released !

Updated version of Clear-h-s.bat

clearhs.bat
Release Date :15th January 2010
Download : via skydrive
CRC : 43765B7B (for the zip container)
MD5 : fc49565cc8af77f9da69444b959d786b (for the zip container)
Info : This little tool will unhide and clear system attribute from each files and subfolders that reside on the current folder you put this tool into. Before using this tool, please make sure you know what you're doing. This tool is not for beginners. To use, extract the downloaded zip file into the folder that you want to perform the task. Please take notice that ALL HIDDEN FILES / FOLDERS will be revealed by applying this tool.

Alternatively, this entry also available in the MLRT post. Please read that too.

Now it works with Windows Vista and 7 too !